Sunday, September 5, 2010

2 dalam 1

Cerita yang tak ada kena mengena dengan tajuk. Jadi, kenapa aku letak tajuk tu ? Ntah. Aku pun tak tau. Ha ha !


Ok. Stop merapu.

Aku. Bukan saja seorang puteri lilin. Aku. Tak boleh terlalu terdedah pada cuaca yang panas. Otomatik aku akan tumpah darah. Maksud aku. Hidung aku akan otomatik bleeding.

Tapi. Aku juga. Seorang pengidap (cis..bunyi macam serius gila entri aku kali ni bila guna word pengidap, kan) migrain yang kronik. Sangat kronik. Kronik yang maha. Bila sesekali aku diserang oleh migrain. Kepala aku bukan setakat sakit. Tapi mata aku juga akan berpinau. Sampai satu peringkat. Aku akan muntah. Sebab tak tahan dengan kesakitan. Di bahagian kepala. Selalunya di sebelah kiri.
Waktu macam tu. Tak ada pilihan lain. Melainkan aku kena tenangkan diri. Tutup segala laptop. Tutup segala tv. Segala radio. Segala alat-alat elektronik yang mengeluarkan bunyi.

Baring. Bernafas seperti biasa. Bertenang.

Dulu. Masa aku masih lagi bekerja di opis besar Boss Botak (lama betul aku tak sebut perkataan ni kan. Bukan apa. Cuma aku tak mahu masuk dalam golongan isteri derhaka. Ha ha !). Boss Botak (err..darling...U tak baca blog I kan...) memang faham sangat. Kalau aku cakap aku migrain. Dia akan kecualikan aku dari segala meeting. Sebab. Dia sangat-sangat faham. Kalau aku masuk juga ke meeting dalam keadaan migrain macam tu. Tak langkah 5 minit. Mesti lepas tu. Dia kena bayar double pada makcik cleaner. Claim cuci muntah aku. Atas karpet. Dalam bilik mesyuarat. Ha ha !

U memang boss yang tip top la. Tu pasal I sayang U. Ha ha !

Ada seorang kenalan aku. Budak cina. Bukan cina dari Tanah Besar China. Bukan cina BolehLand. Tapi cina Taiwan. Dia bagi petua. Dia kata. Mak dia cakap. Teh hijau sangat berguna. Untuk merawat migrain yang kronik. Rendam teh hijau. Dalam cawan. Bila daun teh dah kembang. Tapis. Biarkan dulu sampai suam. Bila dah suam. Campurkan sedikit madu lebah. Asli. Dalam teh hijau tadi. Minum. Segelas waktu pagi. Selepas bangun tidur. Sebelum ambik sarapan. Dan segelas lagi waktu malam. Sebelum masuk tidur.

Dan. Aku amalkan. Alhamdulillah. Atas kuasa Tuhan juga sebenarnya. Migrain aku semakin kurang. Bila dah kurang diserang migrain. Macam melayu lain. Aku pun mula ambik mudah semula. Mula malas nak amalkan lagi teh hijau + madu lebah tersebut. Agak lama juga aku tinggalkan pengambilan teh hijau dan madu lebah. Agak-agak dalam 6 juta tahun. Aku rasa.

Dan. lately ni. Aku mula diserang semula oleh migrain. Kronik. Tahap maha. Bila kena serang dek migrain. Mata aku berpinau. Dan sampai satu tahap. Aku muntah. Jadi. Aku pun. Macam tukang tilik dengan burung serindik. Mula ke hulu ke hilir mencari teh hijau. Dan madu lebah asli. Semula.

Aku. Memang tipikal. Kan ?

3 sumbangan merapu:

  1. rendam teh dalam teko takleh ker wei? kena rendam dlm cawan jer ker baru berkesan? aku mcm ko gaks typical meleis..bancun siap2 utk pagi tengahari dan malam ngeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  2. ya en_me...ghitewwwww laaarrrrr citer nyerrrr..

    ah apasal lah ko susah2 kan diri menulis dengan cara gini encikkkk...hishh..dah la bahasa melayu kita ni dah memang2 susah..ko jangan la susahkan lagi pihak dbp sana..dorang banyak lagi kerja lain tawwwww...

    ya cik puan bananas...jangan kata ko nak rendam dalam teko, ko nak rendam dalam tong dram sekali pun takde maksalah. janji RENDAM. Boleh jerk ko nak bancuh untuk pagi tengahari dan malam terus..tapi nanti air teh tu akan jadi sejuk. ko bebaik sikit puan...jangan amalkan minum air yang sudah sejuk kerap2 sangat..tayar spare dalam bonet kete mau..tayar spare kat perut tak mau haaaaaaaaa !!!

    errr...minum pagi dengan malam jerk la...tengahari aku tak pernah amalkan minum pun teh hijau + madu tu...sebab budak cina tu kata pagi dan malam saja..

    ReplyDelete