Friday, September 10, 2010

Lagi cerita raya.

Cerita semalam. Pagi. Aku. Cinta Hati. Kami. Macam pasangan bahagia yang lain. Mulanya. Bercadang nak masak kat rumah. Something special. Maklum la. Malam akhir bulan Ramadhan. Maka. Kami pun. Keluar la ke Mercadona. Beli barang-barang untuk memasak. Lepas tu. Kami ke kedai pak arab sebelah dengan masjid. Beli sedikit ayam dan daging. Aku dah terbayang-bayang spagetti goreng.

Tapi. Itu cerita sebelah pagi. Sebelah petang lain pula ceritanya. Pukul 6. Lagi 3 jam 6 minit untuk berbuka puasa. Aku. Dah terlepek kat sofa. Hari akhir puasa memang agak mengerikan bagi aku. Cinta Hati pun sama. Letih terbang 15 jam kelmarin pun belum hilang.

Ikutkan nafsu buas aku. Nak je aku cakap pada Cinta Hati. "U..kita berbuka puasa kat luar je la hari ni yer..". Tapi. Memandangkan aku isteri mithali. Jadi. Aku cuma cakap dalam hati. Pelan-pelan. Aku bangun menuju ke dapur. Nak memasak. Dan. Ditakdirkan suami aku seorang lelaki yang budiman. Maka. Dia pun tak pernah menyusahkan aku. Tidak juga kali ini. Dia pun kata pada aku apa yang aku teringin nak kata pada dia dan aku cuma kata dalam hati sebentar tadi. Aku sambut usulan dia dengan kasih sayang. Ha ha !

Maka. Tepat pukul 8.45. Kami dah siap nak keluar. Menuju ke restoren pakcik Husseng. Oh. Pakcik Husseng ni bukan nama Husseng sebenarnya. Nama dia Seng apa ke benda ntah. Cina dari Tanah Besar Cina. Cina Muslim. Berhijrah ke Tanah Bekas Jajahan Islam ini dah dekat-dekat 80 juta tahun. Buka restoren. Oleh kerana nama dia Seng apa ke benda ntah. Maka. Aku pun namakan dia Pakcik Husseng.

Ketibaan kami di sambut dengan senyum mesra. Oleh bini pakcik Husseng. Yang sampai sekarang aku tak ingat namanya. Yang aku ingat namanya Ying.

Cinta Hati pesan benda lingkar-lingkar. Macam spagetti. Tapi bukan spagetti. Aku tak ingat pulak apa nama yang ditulis kat dalam kad menu tu.


Aku tak ingat nama apa benda alah ni. Dalam gambar nampak sedap kan. Tapi memang sedap. Udang dia cukup segar. Manis. Campur sikit dengan daging lembu. Ada telur juga. Ada flora ada fauna. Pendek kata. Macam-macam ada.

Aku pula. Teringin nak minum jus nenas. Tapi. Oleh kerana kat restoren Pakcik Husseng ni takde jus nenas. Maka. Aku pun order benda alah ni. Bebola ikan. Diapit mesra dengan sos tomato. Ada cili hijau juga. Dihidang dalam buah nenas yang dikorek isi kat tengahnya. Takde rotan akar pun berguna. Kan. Dan. Dalam mangkuk putih depan aku tu. Ada kueteow sup. Ya. Ya. Aku pesan dua hidangan. Kueteow sup dan Bebola ikan ni. Aku makan banyak ? Eh..hello..aku makan untuk 2 orang, ok !

Nampak tak makhkota nenas tu macam dah layu sikit kan. Aku syak mangkuk nenas ni dah digunakan kurang-kurang 4 kali. Tapi. Oleh kerana aku suka amat dengan bebola ikan ni. Jadi. Aku pun buat-buat buta. Buat macam tak peduli dengan kelayuan makhkota nenas itu.
Eh. Sesekali. Aku rasa macam blog aku dah jadi macam blog ahkak-ahkak dan emak-emak pula. Sebab tempek gambar makanan. Ha ha !

2 sumbangan merapu:

  1. "Aku sambut usulan dia dengan kasih sayang. Ha ha"

    dlm kapla kaktek satu mende je...huhu... nak ku sebut?

    makan tuk 2 worang?
    huh! ko nak banak dah ke?
    err.. kalo maknya almari... nama anak nya apa ya? bangku? kusi?

    ReplyDelete
  2. ah kaktekkkk...jangan kata nak sebut..nak cuba try test hantar youtube pun ok jer...sebab Cinta Hati aku dah ada dok kepit2 jerk dengan aku ni ha...takde hal lahhhh...ha ha !

    errrr..pasal nak namakan anak dengan nama apa tu lain entri kite citer..ahaksss

    ReplyDelete