Tuesday, September 7, 2010

Raya di BolehLand vs Raya di Tanah Bekas Jajahan Islam - part I

Ok. Ok.

Aku mengaku. Memang aku rasa macam ada orang dok rebus ketupat dalam perut aku sekarang ni. Panas. Hangin betul aku bila baca entri raya-raya Puan Pisang a.k.a Puan Limau. Ahkak Batik pun tak lepas peluang tulis entri raya-raya jugak. Walaupun nasib dia pun lebih kurang je dengan nasib aku. Ha ha !

Tahun 2008. Raya Puasa. Aku balik BolehLand. Raya Haji. Aku sambut di Tanah Bekas Jajahan Islam.
Tahun 2009. Raya Puasa. Aku balik BolehLand. Raja Haji. Aku sambut di Tanah Bekas Jajahan Islam.
Tahun 2010. Raya Puasa. Aku konfem-konfem kena sambut di sini. Dan aku rasa. Raya Haji juga.

Aku. Memang sedih. Tahap sedih aku. Bukan tahap semut lagi. Dah nak jadi tahap badak. Aku terbayang-bayang. Along, Angah hepi-hepi bakar lemang, rebus ketupat. Budak Boboy tu lari sambil pusing-pusing bunga api kat tangan dia. Chiquita mesti-cun-macam-aku-bila kenakan baju kurung kecik dia. Tuan Besar. Macam biasa. Tak ambik pot sangat. Mem Besar. Standard orang baru lepas operate-sebab-arteri-tersumbat-dek-kolestrol mesti tak angkat pot jugak dengan ketupat rendang semua. Hari tu. Kaklong aku cerita. Mem Besar bersyarah separuh hari bila budak Boboy tu tak mau makan sayur. Asyik nak tala KFC saja. Lepas tu. Kaklong aku kata. Boboy terus taubat nasuha. Padan muka dia. Ha ha !
Aku hepi gila bila dengar Kaklong cerita. Sebab. Bila Kaklong cerita pasal Mem Besar berleter hampir separuh hari. Aku cuma nampak satu benda. Mem Besar dah makin sihat. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Lagi 2 hari Ramadhan akan tinggalkan kita. Di sini. Di Tanah Bekas Jajahan Islam ini. Umat Islam. Akan sambut Aidilfitri pada 10hb september 2010. Sama macam di BolehLand juga. Cuma berbeza masa. 6 jam. Orang di BolehLand sudah kenyang. Perut sudah memboyot. Dek baham ketupat dan lemang tak hengat. Kami di sini. Baru nak gaya celik mata.

Esok. 8hb september 2010. Cinta Hati. Akan sampai. Aku. Akan ke Madrid. Untuk sambut kedatangan Cinta Hati. Dalam sedih aku gembira sebenarnya. Sedih kerana tak boleh sambut raya dengan Mem dan Tuan Besar aku. Tapi gembira kerana Cinta Hati datang sambut raya dengan aku di sini.

Baju raya. Tahun ini. Untuk aku. Tak ada. Maksud aku baju kurung. Tapi. Bila ingatkan. Hari raya kita semua disunatkan berpakaian baru. Tidak perlu mahal. Tapi kalau boleh biarlah baju baru. Jadi. Petang tadi. Aku. Dengan semangat nak beraya. Keluar. Dengan yakin. Menuru ke kedai Levi´s. Dan. Aku beli sehelai seluar jeans. Lepas tu. Aku. Ke Mango pula. Beli sehelai baju baru. Hari raya nanti. Aku akan pakai seluar dan baju baru aku. Aku pun nak juga pakai baju baru di hari raya.


Kan.

Di sini. Aku nak ambik kesempatan. Nak ucapkan. Selamat Menyambut Hari Raya. Pada semua. Pembaca hantu blog aku. Dan. Pada sesapa yang mengenali aku. Baik secara langsung. Baik secara tidak langsung. Dan. Aku susun 10 jari. Pohon ampun dan maaf. Jika aku terlebih terkurang dengan kamu semua. Termakan terminum. Ampun. Maaf. Zahir. Batin.


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA PUASA UNTUK SEMUA. Hati-hati di jalanraya. Ingat orang yang tersayang.

4 sumbangan merapu:

  1. selamat hari raya kaccccaaaaaa..

    maap zahir batinssssss

    ReplyDelete
  2. beza 6 jam.... kaktek beza doblas jammm!!
    takpo..tadi dah plan ngan si bulan takmo kuar kat mesia sampai tawun depan...muaaahahaaa..

    slamat hari rayo kacaaa.... bestler rayo ngan cik abe.... jgn lupa sambil guling dan berladang...hikhik..

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya, maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  4. Puan Pisang,

    Selamat Hari Raya untuk puan juga. Maaf zahir batin dari aku untuk puan juga.

    Ahkak Batik,

    Selamat Hari Raya untuk Ahkak juga. Ya. Tahun ni raya dengan Cinta Hati. Ngam-ngam dah nak habis summer. Dan bila habis summer maknanya apa ya...ohh ya..maknanya sejuk akan datang. Bila dah sejuk kita mesti selalu selimut je kan. Ha ha !

    Kak June,

    Selamat Hari Raya untuk akak juga. Maaf zahir dan batin juga. Terima kasih sebab sudi singgah.

    ReplyDelete